Tuesday 16 October 2018

KEMASKINI BLOG - BARU KINI ADA MASA TERLUANG


Assalammualaikum

Selamat ber'blogger' semula.


Tahun 2018 baru terfikir untuk melihat semula Blog yang telah lama ditinggalkan atas sebab tertentu. In shaa Allah ianya akan dikemaskini dari semasa kesemasa.

Wassalam

Saturday 5 October 2013

Kembalinya Kerahmatullah Bonda Tercinta pada 25 September 2013

Assalamualaikum,


          Kami sekeluarga dan adik beradik dapat berbual dengan bonda tercinta pada minggu hari raya idul fitri yang lalu. Saya dan keluarga berkesempatan balik ke rumah abang di Kluang, Johor pada hari raya keempat dan kelima iaitu 11 dan 12 Ogos lalu untuk menziarah bonda tercinta. Walaupun balik ke Kluang, Johor bukan giliran yang sepatutnya, tetapi hati dan fikiran saya dan keluarga terpanggil untuk balik juga. Maklumlah kami ini 2 negeri, Saya orang Johor, Isteri orang Perak. Rupanya allah maha kuasa dan mengetahui, digerakkan hati untuk menemui bonda tercinta. Pada  minggu-minggu berikutnya, bonda tercinta sudah tidak boleh bercakap dan pergerakannya terbatas hanya terbaring sahaja.

          Pada 31 Ogos yang lalu saya sekali lagi balik dengan keluarga untuk menziarah bonda tercinta. Keadaannya terlalu lemah dan apabila dipanggil namanya, terlalu kurang responnya. Kami sekeluarga hanya dapat mendoakan kesihatannya bertambah baik dan berserah kepada allah akan apa yang berlaku, kami reda dengan ketentuannya.

        Pada 24 September 2013, saya bertugas di Kuching, Sarawak dan sepatutnya balik pada 26 September. Sementara isteri pula bertugas diluar negara iaitu Ottawa dan Vancuber di Kanada, telah bertolak pada 13 September dan dijangka balik pada subuh ahad 29 September. Walaupun abang telah memaklumkan bahawa bonda terlalu kurang sihat, demi tugas, saya terpaksa juga ke Kuching.

          Lebih kurang jam 4.10 minit petang 25 September, saya menerima panggilan telefon daripada anak saudara memaklumkan bonda tercinta telah menghembuskan nafas terakhirnya tepat waktu asar dimana azan berkumandang. Saya bergegas balik ke Kuala Lumpur dengan penerbangan jam 5.45 petang. Sesampainya ke Kuala Lumpur, saya dan anak-anaktanpa isteri disisi bergegas balik ke rumah abang di Kluang dan sampai pada jam 2.30 pagi.

          Sekujur tubuh yang kaku terbaring diruang tamu. Saya dan anak-anak membuka kain penutup mayat bonda untuk ditatapi sambil sedekahkan pahla fatihah keatasnya dan terus membaca surah yassin serta pahlannya juga saya sedekahkan keatasnya. Kembalinya bonda tercinta kerahmatullah dalam usia 94 tahun 11 bulan dan 25 hari. Kami puas bersamanya terutama abang yang menjaga bonda dirumahnya sejak kematian ayahanda 7 tahun yang lalu. Bonda mempunyai anak seramai 3 orang, 11 cucu dan 4 cicit.

         Jam 9.00 pagi selepas di sembahyangkan di Mesjid Taman Perumahan Sri Kluang dimana kediaman bonda bersama abang, jenazah dibawa ketanah perkuburan di kampung Sri Lalang dimana jenazah ayahanda dikebumikan. Alhamdulilah, syukur, jenazah ibunda dapat disemadikan bersebelahan dengan kubur ayahanda. Al fatihah untuk kedua ayahanda dan bonda, ameen.








Wassalam.



Monday 1 July 2013

Program Mencandat Sotong 2013

Assalamualaikum,


         Program mencandat sotong di Terengganu bagi tahun 2013 telah berjaya dilaksanakan, alhamdulilah berjaya dengan hasil tangkapan yang melebihi dari tahun-tahun lalu. Program ini melibatkan seramai 17 orang, 12 orang merupakan ahli keluarga kami. 8 orang daripada 12 orang adalah pencandat tegar yang tahun lalu telah menyertainya, semantara 4 orang pencandat baru. Program tersebut telah dilaksanakan pada 29 Jun jam 3.00 petang hingga 8.00 pagi 30 Jun.

      Kami bertolak dengan 5 buah kereta, 3 buah kereta bertolak jam 4 pagi,  29 Jun dari sungai buluh dengan membawa keluarga masing-masing sementara saya dengan 2 buah kereta dengan membawa 8 orang ahli keluarga bertolak sesudah subuh jam 6.00 pagi. Sementara 5 orang yang bukan ahli keluarga saya - kawan- telah bertolak jam 12 tengah malam lagi. Saya telah singah di Kerteh, Terengganu kerana mengambil anak lelaki ke 3 saya yang ikut sama mencandat.

       Jam 3.3o petang kami telah mula memungahkan segala peralatan mencandat dan barang makanan serta minuman kedalam bot yang sama yang kami sewa pada tahun-tahun yang lalu. Jam 4.00 petang bot telah bertolak ke lapangan mencandat dan sampai di sana jam 5.00 petang.






        Isteri saya telah mendapat sotong pertama di kawasan yang dituju setelah bot berhenti.    Setelah 2 jam berada dikawasan mencandat ini, kami hanya dapat tidak lebih daripada 15 ekor kesemuanya yang dicandat oleh  19 orang termasuk awak-awak bot. Menyedari ketiadaan sotong, Tekong telah beralih kawasan.








        Gambar-gambar diatas menunjukkan bot-bot yang datang mencandat di kawasan pertama yang diambil sebelum bot kami meninggalkan kawasan tersebut. Bot telah menuju ke kawasan sebelah utara dari kawasan pertama dengan meninggalkannya agak jauh juga. Di kawasan ini, sebelum berlabuh, tekong telah menyauk sotong yang timbul dengan penyauk 3 ekor walaupun masa tersebut masih siang lagi. Tekong membuat keputusan untuk berlabuh disini bagi kami mencandat sampai pagi. Gambar dibawah menunjukkan betapa jauhnya kami tinggalkan kawasan pertama dengan memperlihatkan cahaya api dihujung sana. Kami tidak kesunyian kerana tekong memangil satu bot lagi mencandat disini, iaitu bot yang satu tuan punyanya.


















        Jam 7.00 pagi, selepas waktu beransur cerah, bot telah mengangkatkan sauhnya dan berlayar balik ke Pelabuhan Cendering, Terengganu. Gambar-gambar dibawah menunjukkan pemandangan diwaktu pagi ahli keluarga yang keletihan duduk sementara menunggu bot sampai ke pelabuhan.






       Inilah hasil tangkapan kami seramai 9 orang, Alhamdulilah, allah telah memberikan rezeki kami pada trip tahun ini. Ini merupakan tangkapan yang terbanyak selepas mula mencandat pada tahun 2011 yang lalu. Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi ahad 30 Jun dan selamat sampai ke rumah jam 6.30 petang setelah singah di kerteh menurunkan anak ke tiga yang mengikut kami, makan satar di restoran aziz satar di kuala kemaman dan singah di hentian sebelah kuantan untuk menunaikan solat zohor dan assar secara kasar dan jamak.





          Setelah sampai di rumah, kami mula mengira sotong untuk diagih-agihkan untuk ahli keluarga yang mengikut kami. Kira punya kira, alhamdulilah kami dapat 115 ekor sotong pada kali ini. kami tidak pula kira timbangannya, kalau nak tahu kiralah sendiri mengikut saiz yang ada dalam gambar diatas.


Sekian, Wassalam.

Saturday 4 May 2013

Bertugas Di Luar Negara - Jeddah dan Riyadh, Arab Saudi dan mengerjakan umrah.

Assalamualaikum,

Mulai 10 April, Isteri saya telah bertugas di Jeddah dan Riyadh. Isteri telah terbang ke Jeddah pada 10 April dan bertugas disana sehingga 15 April dimana saya  dan anak  keempat telah menyertai isteri untuk mengerjakan umrah dari 16 hingga 24 April 2013. Kami mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah kebetulan isteri menjalankan tugas disana. 





       


       Saya dan anak keempat saya telah bertolak dari KLIA jam 3.30 petang menaiki pesawat B777 penerbangan MAS dan  tiba di Jeddah jam 8.30 malam. Disebabkan pengendalian bages yang mengalami sedikit masalah, kami bertolak ke Madinah pada jam 12.00 tengah malam. Kami tiba di Madinah jam 3.00 pagi. Kami berada di Madinah dari 16 hingga 18 April. Isteri saya telah bercuti pada tarikh-tarikh tersebut kerana sama-sama mengerjakan umrah.
















        Kami bertolak ke Makah selepas zohor untuk ke Mesjid BirAli untuk berniat ihram dan umrah dan terus sembahayang assar. Kami sampai di Makah selepas solat magrib. Ckeck in hotel, makan dan pada jam 10.30 malam baharulah kami ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah. Kami selesai sa'ai pada jam 2.00 pagi. Buat masa ini Masjidil Haram sedang pengubahsuaian, tawaf hanya dilakukan di dataran kaabah sahaja dalam keadaan yang sempit yang sedang dilakukan kerja menaiktaraf.


























     Pada jam 3.00 petang 24 April saya dan keluarga berangkat ke Jeddah, setelah mengerjakan tawaf wada' selepas mengerjakan sembahyang waktu zohor. Kapal terbang yang membawa saya dan anak keempat memulakan penerbangan pada jam 9.30 malam waktu Jeddah. saya selamat tiba di LIA pada jam 11.30 pagi. 


         Sementara isteri pula memulakan perjalanannya ke Riyadh pada keesokan hari. Tugas beliau di Riyadh sehingga 30 April 2013.









Sunday 24 March 2013

Bertugas di Luar Negara - Paris dan London

Assalamualaikum,

Tahun ini adalah merupakan tahun yang sibuk bagi Isteri kerana bertugas diluar negara disamping tugas yang perlu dilaksanakan di pejabat. Isteri ditugaskan di Kedutaan Malaysia luar negara. Pada bulan ini, beliau ditugaskan di Paris dan London selama 18 hari bermula dari 1 Mac 2013, sampaikan tidak sempat meraikan hari jadi saya yang jatuh diatara hari-hari tersebut.

Permulaannya, beliau bertugas di Paris dahulu sebelum ke London menaiki tren laju. Anak kedua saya mengambil kesempatan untuk bercuti mengikuti ibunya.



































Dibawah ini pula mula bertugas di London


















































 Wassalam, jumpa lagi ke siri kedua pula.

Sekian.