Sunday 30 December 2012

Singapura oh Singapura, Universal Studio

Assalamualaikum,

Pada 29 Disember 2012, kami sekeluarga kecuali anak ke 3 berkesempatan memasuki Negara Singapura. Perancangan yang dibuat mengambil masa yang singkat, ianya dibuat dengan serius pada pagi 26 haribulan selepas kembali bercuti. Kebetulan isteri bertugas di Johor Baharu pada 27 haribulan. Kami bertolak dari Pejabat di Putrajaya pada jam 6.00 petang dan sampai di Johor Baharu jam 10.30 malam. Selepas sarapan pagi dan menukar wang, kami bertolak ke Singapura dengan tujuan untuk melawat Zoo, Universal Studio, makan di Lorong Pisang, shopping di Arab Street dan Orchard Road dengan menyewa van dari Johor Baharu.

Sesampainya kami di Zoo Singapura jam 11.00 pagi, hendak membeli tiket kena beratur panjang. Kami membatalkan sahaja hasrat tersebut kerana takut membazir masa dan terus ke Universal Studio.





Di Universal Studio, kami berkesempatan mengujungi S.E.A Aquarium. Hendak beli tiket tidaklah beratur panjang, tetapi hendak masuk pintu bangunan, alamak panjangnya. Ingatkan tak ada lagi beratur panjang selepas itu tetapi rupanya hendak masuk  ruang aquarium pun beratur panjang lagi. Beratur didua tempat tu lebih daripada setengah jam.




















Selepas keluar dari S.E.A. Aquarium jam 3.00 petang, kami terasa lapar dan terus ke Lorong Pisang menekmati makan tengahari yang agak lewat di Restoran Maimunah. Kawasan restoran ini berdekatan dengan Kampung Gelam dan Arab Street. Restoran ini telah kami kunjungi tahun 2010 lalu semasa bertugas di Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (PCKP) Tanjung Pagar, Singapura yang tinggal sejarah, disyorkan oleh pegawai disana. Selepas makan bersembahyang kasar dan jama' di Mesjid Sultan yang telah dibena sekitar tahun 1924 hingga 1928.







Membeli kain ela di Arab Street untuk isteri dan anak. Saya juga membeli kain cotton untuk dibuat baju melayu serta 2 helai baju lengan pendek  cotton lienan. Dikatakan baju cottan lienan tersebut agak murah sekitar $60 sing bersamaan RM150 sepasang. Di Alamanda, Putrajaya dikatakan dijual dengan harga RM260 sepasang.








Shoping pula di Orchard Road, berkunjung di kedai Zara, anak ke 2 membeli minyak wangi. Kawan yang mengikut rombongan kami membeli alat kelengkapan fotograpi Nikon, habislah RM600 lebih.




Balik semula ke Kampung Gelam, menikmati makan malam disana sekitar jam 9.00 malam. Selesai makan malam bertolak balik ke Johor Baharu jam 10.30 malam dan sampai di hotel hampir jam 12.00 tengah malam.








Wassalam.            

Tuesday 25 December 2012

Percutian di Lumut Marina Cove, Lumut, Perak

Assalamualaikum,


Pada bulan Disember 2012 merupakan bulan bercuti bagi semua orang di Malaysia. Kami sekeluarga juga tidak melepaskan peluang untuk bercuti kerana anak ke 4 beria-ia benar menginginkan bercuti ditepi pantai. Kebetulan juga anak ke 4 bercuti belajar dari UiTM dan ke 3 bercuti sempena Hari Krismas. Keputusan yang dibuat terlalu hampir dengan tarikh bercuti, bukan senang nak dapat tempat penginapan. Cari punya cari hanya dapat di Lumut, Perak dan bertepatan kerana di Lumut Marina Cove, penginapannya berbentuk apartment 2 bilik atau 3 bilik dengan ruang tamu yang luas. Kami memilih apartment 3 bilik dan mendaftar masuk pada tengahari 23 haribulan (ahad) dan mendaftar keluar pada tengahari 24 haribulan (isnin).

Kami bertolak ke Perak pada 22 haribulan malam (sabtu) dan bermalam dirumah abang ipar yang sulung di Ipoh. Perancangan ini dibuat supaya tidak mahu membuang masa jika bertolak pagi 23 haribulan. Keluarga di Ipoh dan di Parit bersama kami bermalam di Lumut. Bersama-sama menikmati makan malam ikan bakar ditepi pantai dibelakang Lumut Marina Cove.

Sebelum balik ke Kuala Lumpur, kami sempat singgah di kampong isteri di Kampong Serapoh, Parit. Menziarah adik ipar yang bungsu dan isteri serta memetik buah kayu yang masih ada lagi.

Wassalam.


Friday 21 December 2012

Jelitawan PUO' 76

Assalamualaikum,


Semasa saya bertugas di Kuantan, isteri saya bertemu dengan kawan-kawan kami semasa belajar di Politeknik Ungku Omar dari tahun 1976 hingga 1978. Dalam entri yang lalu telah diterangkan pertemuan pertama beliau selepas berpisah selama lebih 34 tahun setelah menamatkan pengajian masing-masing. Dalam pertemuan kali ini adalah permintaan seoranglagi kawan kami yang belum berkesempatan bertemu dengannya, maka terjadilah pertemuan kali kedua ini.



Sekian, Wassalam

Bertugas di Kuantan, Pahang.

Assalamualaikum,

Selepas balik dari menhgadiri Lab di Colmar Tropical Hotel Bukit Tinggi, Pahang, keesokannya jam 6.30 pagi, saya telah bertolak Kuantan kerana menghadiri Mesyuarat pejabat di Hotel Swiss Garden. Mesyuarat diadakan pada waktu malam. Selepas mesyuarat, urusetia mesyuarat telah menyediakan durian, rambutan, mangis dan duku langsat untuk dimakan, bukan di dalam hotel tetapi dibawah kemah tepi kolam renang. Pada hari isnin, di Colmar telah pun makan durian dan disini juga makan durian. Pelbagai jenis durian dihidangkan seperti musang king, D24 dan sebagainya.

Keesokan, awal hari dah bertolak balik ke Kuala Lumpur.













Sekian, Wassalam.

Menghadiri Lab di Colmar Tropicale Hotel Bukit Tinggi, Pahang

Assalamualaikum,


Pada hari ahad 16 Disember 2012, Saya dan isteri telah menghadiri Lab yang diadakan oleh pejabat kami selama 3 hari 2 malam sehingga 18 Disember 2012, di Colmar Tropical Hotel Bukit Tinggi, Pahang. Anak kedua dan bungsu kami turut serta menginap di hotel tersebut. Anak pertama hanya sempat berada di sana pada sebelah pagi isnin dan balik semula kerumah pada sebelah petang. Pada petang isnin, perserta Lab dihidangkan dengan makan durian Bentong, rambutan, mangis dan dokong.











Sekian, Wassalam

Monday 3 December 2012

LAGU WARISAN - Anak Kecil Main Api


Assalamualaikum,

Terpangil dengan ucapan pemerhati dari Kelab UMNO Tokyo, adik Ariff Yasir Zulkafli  (23), pelajar tajaan Kerajaan di Universiti Gunma Jepun, menyampaikan lagu Warisan-Anak Kecil Main Api dalam ucapannya semalam. "Warisan-Anak Kecil Main Api", Lirik dan lagu ciptaan bekas Ketua Pengarah Biro Tatanegara Datuk Nordin Kadri ini memang menangkap jiwa sanubari anak watan yang cintakan agama, bangsa dan tanahairnya!. 

Sama-samalah kita dengarkannya;




Wassalam.

Sunday 25 November 2012

Durian Reunion PUO ' 76, BSM / BSE

Assalamualaikum,


Jam 9.30 pagi tadi, 25 Nov. 2012, saya dan isteri telah bertolak ke Gopeng, Perak kerana menunaikan jemputan daripada Safeei Ismail dan  Sabri Yahya makan durian di Kampung Jahang, Gopeng, Perak. Kami daripada Kuala Lumpur terdiri daripada Ketua Darjah BSM,  Hassan Daud serta famili,  Fauziah Abdullah serta famili dan  Latifah Abdul Wahid serta famili. Menunggu ditempat perkelahan tersebut, Safeei serta isteri dan 2 sahabat BSE iaitu Sharifah Nora serta suami dan Norainiah serta suami. Sementara Sabri pula, solo sahaja duduk di gopeng sebagai orang bujang berkhawin, difahamkan isteri dan anak-anak berada di Kajang, selangor. Makan durian serta serawa, nasi lemak, pulut dan sup tulang lembu, sedap. Kami boleh bawa balik lagilah durian tersebut.

Sempat juga kami menghubungi kekawan sekelas BSM '76 dari sana menggunakan telefon bimbit seperti  Khoriri Abu Sabri, Mahmud Md Nor dan Aisah Megat. Khoriri berada di Seremban, ada urusan perniagaan, Mahmud ada dirumah di Klang, Selangor dan Aisah berada di Seremban.











Kami berpisah jam 3.00 ptg, sehingga ada lagi reunion durian tahun hadapan.

Wassalam.

Saturday 24 November 2012

Legoland, Malaysia

Assalamualaikum,


Pada pagi tadi, anak ke empat dan anak bungsu beserta isteri saya berkesempatan melawat Legoland, Malaysia di Johor Bahru. Isteri saya bertugas di Johor Bahru sejak dari hari khamis 22 Nov. 2012 lalu sehingga semalam dan membawa anak-anak saya sekali kebetulan pada masa ini musim cuti sekolah dan semesta break universiti anak keempat saya. Sebelum memulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur, mereka telah berkunjung kesana pada jam 10.00 pagi lagi sehingga jam 2.00 petang. Komen isteri saya, tempat tersebut terlalu panas kerana masih belum ada pokok untuk berteduh. Tempat tersebut serupa dengan taman tema di Genting Highland cuma cuaca yang membezakannya. Mengikut anak-anak, semuanya seronok.









Isteri bersama anak bongsu



Anak keempat dan adiknya, anak bongsu









Stesyen Keretapi Kuala Lumpur



Bangunan Sultan Abdul Samad



Mesjid Jamek Kuala Lumpur



Menara Kuala Lumpur



Menara berkembar KLCC



Kompleks JPM, Putrajaya



Mesjid Putra, Putrajaya

Wassalam.

Sahabat Semasa Belajar Di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak

Assalamualaikum,


Pada hari khamis 22 Nov. 2012 yang lalu, isteri saya telah bertemu kawan kami semasa belajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak dalam tahun 1976 hingga 1978. Selama 36 tahun tidak bertemu, hanya baru-baru ini beliau telah menjadi sahabat Facebook Politeknik Ungku Omar 76 yang mana saya dan isteri telah setahun lebih menjadi sahabat. Malangnya pada masa tersebut, saya tidak bersama isteri kerana dalam perjalanan ke Kota Kinabalu kerana bertugas disana dan baru petang ini saya balik kerumah. Sahabat yang dimaksudkan adalah Puan Noor Rokiah yang sedang bertugas disalah sebuah sekolah di Putrajaya.

Kami telah berpisah kerana beliau menyambung pengajiannya di Maktab Perguruan Ilmu Khas di Cheras, Kuala Lumpur, semantara saya dan isteri menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1979.

Masih ramai lagi kawan-kawan yang masih belum ditemui walaupun Facebook Politeknik Ungku Omar 76 telah diujudkan. Insyallah jika diizinkan Allah, suatu masa akan bertemu juga akhirnya.





Noor Rokiah disebelah kiri bersama isteri saya.

Wassalam.

Wednesday 14 November 2012

Percutian Keluarga di Tanjung Sepang Beach Resort, Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor.

Assalamualaikum,


Tanjung Sepang Beach Resort, di Kampung Tanjung Sepang, Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor (www.tanjungsepang.com) adalah tempat percutian kami pada musim cuti Depavali tahun ini. Percutian keluarga sebelah saya dirancang oleh abang saya yang hanya mempunyai 3 orang adik beradik sahaja tetapi abang dan saya sahaja yang dapat dikumpulkan bersama keluarga, kakak yang tengah tidak dapat berkumpul kerana ada urusan keluarga yang tidak dapat ditangguhkan.




Pemplate Resort


View Larger Map


Kami sekeluarga bertolak dari rumah di Sungai Tua, Batu Cave, Selangor pada jam 11.30 pagi 11 Nov.2012 dan sampai ke resort jam 6.00 petang selepas singgah di Johor Premium Outlet, Senai, Johor. Hajat hati hendak bertolak awal lagi tetapi ada aral melintang, kena cari beteri kereta dahulu kerana pada petang 10 Nov engin kereta tidak boleh dihidupkan. Nasib juga telah memaklumkan kepada workshop untuk cari beteri malam itu juga kerana ahad 11 Nov, banyak kedai sparepart tutup. Abang saya dan keluarganya beserta cucunya telah sampai ke resort tersebut lebih awal kerana mereka menetap di Kluang, Johor.

Malam tersebut, makan malam kami adalah BBQ ikan, sotong dan ayam, disamping ketupat segera, serunding kelapa, botok-botok, satey dan nasi puteh. Resort tersebut menyediakan tempat BBQ setiap bilik yang disediakan. Resort ini mempunyai Standard Room dan Superior Room.

Sarapan pagi 12 Nov, kami pergi ke Kampung Teluk Ramunia bersarapan di warung yang jauhnya 6 km dari resort. Kos makanannya agak murah, berlapan makan diwarung dengan makanan nasi lemak lauk rendang ayam, telur goreng, roti telur dan bungkus bawa balik nasi lemak lauk rendang ayam 6 bungkus, harganya RM46.90. Selepas sarapan kami ke pekan Sungai Rengit lebih kurang 10 km dari resort untuk membeli keperluan barang untuk menyediakan makan tengahari. Malamnya kami makan nasi goreng yang kami sedakan ala kadar sahaja.


Anak-anak bersarapan pagi ditemani oleh isteri pada 12 Nov.


 Anak-anak makan malam 


Bersantai  bersama isteri selepas makan malam

Sarapan pagi 13 Nov, abang saya sekali lagi ke warung yang sama di Teluk Ramunia untuk membeli sarapan nasi lemak lauk rendang ayam dan telur mata kerbau, kosnya RM43.00.



Bersarapan pada pagi 13 Nov.


Isteri, anak dan abang bersarapan pada pagi 13 Nov.

Aktiviti kami pada siang hari adalah menjala dan memancing. Anak-anak dan kakak ipar manda manda di pantai dan kolam renang. Resort ini mempunyai pantai yang landai tidak seperti di Desaru yang mempunyai pantai yang curam mendadak yang membahyakan terutama musim sekarang dah hampir dengan tengkujuh. Pantainya yang landai kerana ianya terletak di teluk yang luas dan terlindung sedikit dari ombak yang besar. Jika mandi di pantai, insyallah agak selamat kerana tiada seperti di Desaru.



Pemandangan arah pantai dari bilik superior 

Website : www.tanjungsepang.com
Email : resort@tanjungsepang.com
H/P : (+6) 019 7639594   
Fax : (+6) 07 3521193

Selamat berjumpa lagi dilain kali.

Wassalam.