Tuesday 25 December 2012

Percutian di Lumut Marina Cove, Lumut, Perak

Assalamualaikum,


Pada bulan Disember 2012 merupakan bulan bercuti bagi semua orang di Malaysia. Kami sekeluarga juga tidak melepaskan peluang untuk bercuti kerana anak ke 4 beria-ia benar menginginkan bercuti ditepi pantai. Kebetulan juga anak ke 4 bercuti belajar dari UiTM dan ke 3 bercuti sempena Hari Krismas. Keputusan yang dibuat terlalu hampir dengan tarikh bercuti, bukan senang nak dapat tempat penginapan. Cari punya cari hanya dapat di Lumut, Perak dan bertepatan kerana di Lumut Marina Cove, penginapannya berbentuk apartment 2 bilik atau 3 bilik dengan ruang tamu yang luas. Kami memilih apartment 3 bilik dan mendaftar masuk pada tengahari 23 haribulan (ahad) dan mendaftar keluar pada tengahari 24 haribulan (isnin).

Kami bertolak ke Perak pada 22 haribulan malam (sabtu) dan bermalam dirumah abang ipar yang sulung di Ipoh. Perancangan ini dibuat supaya tidak mahu membuang masa jika bertolak pagi 23 haribulan. Keluarga di Ipoh dan di Parit bersama kami bermalam di Lumut. Bersama-sama menikmati makan malam ikan bakar ditepi pantai dibelakang Lumut Marina Cove.

Sebelum balik ke Kuala Lumpur, kami sempat singgah di kampong isteri di Kampong Serapoh, Parit. Menziarah adik ipar yang bungsu dan isteri serta memetik buah kayu yang masih ada lagi.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment