Wednesday 27 June 2012

Mencandat Sotong Kali Ke 2 Tahun 2012 Di Terengganu

Assalamualaikum,


Satu trip keluarga mencandat sotong di Terengganu telah dirancang pada 7 Julai 2012 akan datang.

Mengikut kelender islam, 17 sya'ban, bulan masih mengeluarkan cahaya tetapi beransur gelap. Trip yang lalu bulan gelap. Kita tengok perbezaan trip kali ini, walaubagaimanapun rezeki di tangan allah, jika diizinkan Nya maka murahlah rezeki. Sama-sama kita menadah tanggan berdoa semuga murah rezeki serta dipelihara keselamatan didaratan dan dilaut trip ini, amin.

Dijangka seramai 10 orang ahli keluarga menduga kecekapan mencandat disamping keizinan allah. Akan ada beritanya selepas balik dari trip akan datang.

Golf di Bandung Indonesia

Assalamualaikum,

Sempat juga bermain golf di Bandung, selepas menghadiri seminar Sistem Perakaunan Agensi Kerajaan Persekutuan. Hari Jumaat, 15 Jun 2012, bermain golf di Bandung Giri Gahana Golf & Resort. Walaupun lapangan tersebut luas tetapi ianya mencabar kerana jarak yang panjang dan setiap lubang dihadapannya terdapat bunker yang banyak. Tidak dapat dielakkan setiap lubang termasuk dalam bunker yang menyebabkan susah nak score.

Kesokan harinya pula, 16 Jun 2012, bermain di Mountain View Golf Club. Suasana disini lagi mencabar, walaupun jarak yang pendek tetapi lapangan yang sempit dan diatas gunung, maklumlah namanya juga Mountain View. Disini banyak hilang bola.

Kedua-dua lapangan ini adalah kali pertama saya bermain, oleh itu tidak dapat mengagak dan terus bermain cemerlang. Walaubagaimanapun, score di Mountain View adalah lebih baik dari Giri Gahana.



Pemandangan lubang ke 18, 
Bandung Giri Gahana Golf & Resort


Pemandangan lubang ke 18,
Mountain View Golf Club


Replika pemain golf yang diperbuat dari kayu
di Mountain View Golf Club


Percutian di Phnom Penh, Cambodia

Assalamualaikum,


Percutian keluar negara pada tahun ini adalah di Phnom Penh, Cambodia. Inilah kali pertama ke Cambodia buat saya, kali kedua buat isteri. Turut serta kali ini dua anak perempuan saya. Tarikh percutian tersebut adalah pada 5 Jun hingga 7 Jun 2012. Mengikut isteri membelibelah disana. Anak-anak ada agenda iaitu membeli selandang untuk dijual kepada kekawan atau sesiapa sahaja yang berhajat untuk membelinya.


Disini ada beberapa contoh selandang untuk dijual;














sekiranya berhajat sila emailkan kepada nordiyana.othman@theta-edge.com , harga boleh runding.

Sunday 3 June 2012

Golf

Assalamualaikum,

Permainan Golf adalah aktiviti sukan saya dan isteri. Pada 2 Jun yang lalu kami telah bermain di Glenmarie Golf  & Country Club - Garden Course. Jarang juga saya bermain di course ini selalunya di Vally Course. Saya tidak pernah ada handycap yang rasmi, tidak pernah ambil ujuan, group pejabat letak h'cap 22. Semalam barulah betul-betul h'cap saya iaitu 22 dengan 2 par dan 1 birdy. Sukan kegemaran tetapi tidak selalu turun padang. Next aktiviti golf kami mungkin 15 Jun akan datang kerana minggu hadapan ada famili mengadakan majlis perkhawinan anak.

Mencandat Sotong Di Terengganu 2012

Assalamualaikum,


Trip mencandat sotong pada 19 Mei 2012 telah berjalan lancar, telah diberitau dalam entri yang lalu pada tarikh itu bulan gelap, hasilnya tidak seberapa. Kami mula menaiki bot dari Pelabuhan Perikanan Cendering tepat jam 3.40 petang dan tiba di tempat dituju sejam kemudian. Penggunaan candat tanpa umpan tidak memberangsangkan. Anak perempuan kedua saya memacahkan tradisi kerana beliau mendapat sotong pertama seperti trip tahun lalu. Anak perempuan keempat saya, inilah kali pertama turun mencandat tetapi mendapat sotong yang banyak juga. Saya masih belum mendapat rezeki, bot telah berpindah kelokasi lain beberapa kali untuk mendapatkan spot sotong. Saya telah disarankan oleh kekawan trip mencandat menggunakan candat umpan. Selepas penggunaan candat tersebut, tidak beberapa minit telah mendapat sotong yang agak panjangnya sekaki setengah. Penggunaan candat tersebut diteruskan sehingga saya terpaksa tidur kerana untuk mendapat rehat bagi memandu kenderaan pulang ke Kuala Lumpur pada tengahari esoknya ahad 20 Mei.


Semasa hendak menaiki bot



Semasa dalam perjalanan ke tempat mencandat



Memulakan mencandat



Mungkin rezeki pertama

Malangnya bila malam menjelang kemera dah tak berfungsi kerana semua orang sedang sibuk menjalankan aktiviti mencandat.

Ada cadangan hendak pergi lagi dalam bulan Julai ini kerana hendak dapatkan feel semasa bulan baru hendak terang. Masalah kami kerana tidak mahu mengambil cuti, jadi kami pergi pada waktu cuti hujung minggu. Ikut nasib lah jika hujung minggu bulan terang, adalah hasil yang lumayan. Sekian.