Tuesday 17 July 2012

Mencandat Sotong Kali ke Dua Tahun 2012 Di Terengganu

Assalamualaikum.


Seperti mana yang telah diberitahu dalam entry yang lalu, trip mencandat telah dilaksanakan pada tarikh 7 Julai malam iaitu malam 18 sya'ban. Malam tersebut air agak kuat berkocak dan bulan mengeluarkan cahaya dalam pukul 11 atau 12 malam. 

Trip keluarga seramai 9 orang agak tergendala sedikit tidak seperti dirancangkan. Bot yang ditempah tidak dapat bergerak walaupun kami telah menaikinya jam 4.30 petang, agak lewat sedikit kerana pokok hari tidak cerah (mendung), enjen telah dihidupkan tetapi bot tidak boleh membelok kekiri dan kekanan - kemudinya patah. Hampir 2 jam kami berada diatas bot tetapi masih di Jeti Perikanan LKIM Cendering sehingga lah diganti bot pukat tunda.

Bot baru mula bergerak jam 6.30 petang. Kami sampai ditempat spot mencandat dalam masa 45 minit kerana bot ini berkuasa tinggi dan laju. Kami berpindah sebanyak 3 kali bagi mencari spot sotong yang baik dan dapat didaratkan dengan banyak. Seperti yang telah saya beritahu, bulan mengambang lewat, sotong kurang pada permulaannya. Spot ketiga agak berdekatan dengan unjam ikan. Kami sampai ketempat ini jam 12.00 malam, baharulah sotong menunjukkan dirinya dengan banyak. Malangnya kehabisan minyak generator telah berlaku pada jam 2.30 pagi dan telah diisi semula dengan baki minyak yang hanya cukup 1 jam lebih sahaja. Kami beroleh sotong sebanyak 34 ekor yang agak besar dan panjang termasuk seekor sotong mengabang yang bertulang keras seberat hampir 3/4 kilo. Kehabisan minyak pada pukul 4.00 pagi memaksa kami bertolak balik awal ke jeti.

Pengajaran dalam trip ini adalah menunjukkan sotong agak banyak apabila cahaya bulan mula menerangi lautan, tetapi apabila masa ini kita mencandat, kita berhadapan dengan lautan yang berkocak agak kuat menyebabkan 5 orang ahli keluarga sejak awal lagi telah mendapat mabuk free. Allah maha kuasa juga kerana bot ganti yang kami naiki tiada tempat yang boleh bersembahayang, dengan kehabisan minyak yang agak awal membolehkan kami balik awal dan sempat mengerjakan sembahyang jamak dan kasar magrib dan isyak.

Kami bercadang tahun hadapan akan membuat satu atau dua trip lagi tetapi kali ini pada waktu bulan mengambang awal iaitu sebelum 15 haribulan melayu(islam). Sekian berjumpa lagi di entry mencandat.