Tuesday 28 August 2012

Memancing di Jeti Pusat Latihan Jabatan Laut, Pulau Indah

Assalamualaikum,

Agak lama saya dan keluarga tidak pergi memancing samada kolam ikan air tawar atau pun dilaut. Memancing kolam ikan air tawar telah lama ditinggalkan kerana kesuntukan masa, mungkin juga bertembung dengan hobi satu lagi iaitu bermain golf.

Kalau tidak silap pada awal tahun ini, saya berkesempatan pergi memancing sekitar perairan pelabuhan klang terutamanya di perairan Pelabuhan Barat, itupun hanya saya dan abang ipar, anak saudara dan rakan anak, isteri tidak turut serta kerana berada diluar negara. Kami biasanya tidak dapat menikmati pemancingan yang agak memuaskan hati kerana turun pada hujung minggu, dimana tidak kena pada waktu yang sesuai iaitu mengikut air pasang surut.

Walaubagaimanapun, kami merancang untuk memancing di jeti sahaja pada kali ini samada bulan Oktober dan November ini. Kena cari tarikh yang sesuai pada waktu hujung minggu dimana air pasang menongkah sebelum pasang penuh betul.




Jadual air pasang surut

Tarikh yang dicadangkan adalah pada bulan Oktober iaitu pada 13 Oktober (Sabtu) bersamaan 26 Zulkaedah atau pada 27 Oktober (Sabtu) bersamaan 11 Zulhijjah. Kalau kedua-dua tarikh ini tidak dapat dipenuhi, maka bulan Novemberlah kami akan memancing.

Wassalam.

Sunday 19 August 2012

Selamat Eidul Fitri Al Mubarak

Assalamualaikum,


Hari ini 19 Ogos 2012, 1 Syawal 1433, merupakan Hari Raya Eidul Fitri. Saya sekeluarga mengucapkan selamat hari raya. Sama-sama kita merayakannya selepas sebulan kita mengerjakan puasa sebulan dibulan ramadhan yang berakhir semalam. Kegembiraan atas kemenangan yang kita telah lalui sebulan. Sama-samalah kita bermaaf-maafan diantara satu sama lain. Saya serta keluarga memohon maaf kepada semua yang mengenali saya atas kesilapan dan ketelanjuran kata selama ini.

Selepas ini, kita dituntut untuk mengerjakan puasa 6 dibulan syawal, insyallah sama-sama kita mengerjakannya.


Selepas mengerjakan sembahyang hari raya, kami bermaafan sesama keluarga kami dengan keluarga abang sebelum menziarahi kubur ayahanda Hj. Jantan bin Hassan pada tahun 2006.


Gambar bersama keluarga abang


Gambar keluarga kami

Wassalam

Thursday 16 August 2012

Ramadhan hampir melabohkan tirainya

Assalamualaikum,


Hari ini adalah 27 Ramadhan, bermakna jika kita berpuasa 30 hari, tinggal 3 hari lagi menjelangnya Shawal. Sama-samalah kita musabah diri, ramadhan tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun lalu, insyallah. Amalan berpuasa jangan terhenti dalam bulan ramadhan sahaja, teruskan dengan puasa 6 dibulan shawal dan teruskan dengan puasa sunat isnin dan khamis. Setelah berpuasa dibulan ramadhan, rata-rata berat badan kita menurun, bukan sahaja dapat pahla berpuasa serta amalan-amalannya, kesihatan kita bertambah baik. Oleh itu teruskan sahaja puasa dibulan shawal serta puasa sunat isnin dan khamis. Insyallah akan bertambah baik dan sihat.

Wassalam.

Saturday 4 August 2012

Selamat Datang Ramadhan Al Mubbarak

Assalamualaikum,


Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat datang bulan Ramadhan kepada semua umat islam di Malaysia. Semuga Ramadhan kali ini amalan kita lebih baik daripada tahun lalu. Selamat mengerjakan puasa dan amalan yang dituntut oleh agama kita.

Wassalam.