Sunday 30 September 2012

Golf di Royal Palm Spring, Port Dickson

Assalamualaikum,


Hari ini, jam 8.15 pagi kami sempat bermain golf di Royal Palm Spring, Port Dickson. Kesempatan ini kami lakukan selepas berlangsungnya Bengkel dan Hari Keluarga yang diadakan oleh pejabat saya. Kami bermain hanya satu flight sahaja bersama isteri dan kawan-kawan. Hari ini tidak ramai yang bermain. Kami seronok kerana tiada flight dibelakang kami. Kami bermain dengan tenang dan dapat mempraktikkan segala teknik dan club yang sebelum ini tidak digunakan. Walaupun hari ini begitu panas tetapi angin bertipu kencang terutamanya lapangan 9 lubang  kedua yang berhampiran pantai.




Pemandangan Lubang ke 15 yang menghala laut



Lubang ke 15



Lubang ke 15

Minggu hadapan, insyallah kami akan bermain di Glanmarie Golf and Country Club.

Wassalam.

Sunday 23 September 2012

Golf di Palm Garden Golf Club, IOI Resort City, Purtajaya

Assalamualaikum,


Sabtu 22 September 2012, kami berpeluang bermain golf di Palm Garden Glof Club, IOI Resort City, Putrajaya pada sebelah petang jam 1.58. Lapangan ini merupakan kali pertama kami bermain setelah diperbaharui selama lebih setahun dan baru dibuka hampir 3 bulan. Lapangan ini telah bertukar kepada lapangan awam tidak seperti dahulu. Daripada 3 lapangan 9 lubang telah menjadi 2 lapangan 9 lubang sahaja. Kesukaran bermain di lapangan baru menjadi lebih kerana 'fairway', 'green' mencabar kerana berbukit dan beralun. Seronok bermain di lapangan baru ini. Kami bermain agak pelahan kerana dihadapan terdapat 4 'flight' pertandingan yang terlalu pelahan hingga rentak permainan kami yang laju terganggu. Kami menamatkan permainan 2 lubang terakhir, par 3 dan par 4 bermandikan cahaya lampu limpah dan tamat permainan pada jam 7.40 malam. Seronok bermain.




Lubang 18


Lubang 18


Lubang 18


Minggu hadapan kami bercadang untuk bermain di Palm Spring Golf Club, Port Dickson, insyallah jika hajat kami tercapai.

Wassalam.

Tuesday 18 September 2012

Jamuan Hari Raya Puasa 2012

Assalamualaikum,

Alhamdulilah pada 16 September 2012, jam 12.oo tengahari telah berlangsungnya jamuan hari raya 2012 dirumah saya. Segala yang dirancang telah selamat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada saudara mara yang telah membantu menyiapkan juadah secara bersama serta menyusun atur kerusi meja semasa majlis dan selepas majlis. Kedatangan sahabat handai samada dari saya dan isteri serta anak-anak amat dihargai dan diluar jangkaan sehingga tidak menang tangan untuk melayannya.



gambar isteri bersama kenalan semenjak tahun 1976 lagi



gambar anak perempuan saya bersama kawan-kawannya


Pada sebelah malamnya kami mengadakan jamuan keluarga dengan secara BBQ kambing, ayam, sotong yang masih berbaki semasa mencandat lalu serta udang galah yang dibawa oleh anak saudara dan puyuh yang dibawa oleh biras. Pukul 12.00 tengah malam baharulah semuanya selesai. Terasa penat juga setelah semuanya selesai, walaubagaimana pun, kami berasa puas kerana dapat bersedekah secara sedemikian.

Terima kasih sekali lagi kepada ahli keluarga dan sanak saudara yang sentiasa membantu yang datang dari jauh setiap kali saya mengadakan majlis jamuan hari raya boleh kata saban tahun. Terima kasih.... Insyallah ditahun hadapan jika dimurahkan rezaki oleh allah, sekali lagi akan adanya jamuan seumpanya.

Wassalam.

Friday 14 September 2012

Jamuan Hari Raya Puasa 2012

Assalamualaikum,


Kami merancang untuk mengadakan jamuan hari raya puasa di rumah kami pada ahad 16 September 2012 akan datang. Pada kebiasaannya setiap tahun kami akan mengadakannya kecuali tahun lepas kerana kesuntukan masa, sentiasa ada kerja diluar kawasan, untuk bersedekah. Semuga amalan kami diredai oleh allah subahanallah taala. Kami menjemput kakitangan pejabat kami, jiran tetanga, dan kenalan-kenalan samada semasa belajar dan semasa bekerja. Insyallah saya akan meletakkan gambar jamuan tersebut setelah selesai majlis kami tersebut. Kami berdoa kehadrat allah supaya majlis kami berjalan lancar, amin.

wassalam. 

Wednesday 12 September 2012

Memancing di Jeti Pusat Latihan Jabatan Laut Pulau Indah.

Assalamualaikum,

Selamat bertemu kembali. Perancangan memancing di Jeti Pusat Latihan Jabatan Laut Pulau Indah tinggal perancangan sahaja kerana pada akhir minggu tersebut ada kerja diluar station. Pada minggu tersebut pejabat telah merancang untuk mengadakan mesyuarat di Johor pada hari jumaat pagi dan beberapa aktiviti lawatan sebelah petang dan pada hari sabtu dan kembali ke Kuala Lumpur pada hari ahad. Kenalah mencari hari yang sesuai terutamanya hujung minggu.

wassalam.

Saturday 8 September 2012

Puasa Sunat Enam Hari Di Bulan Syawal

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, hari ini saya dan isteri dapat menghabiskan puasa sunat 6 hari dibulan syawal, selepas tertangguh selama seminggu. Sepatutnya kami telah pun menamatkan puasa tersebut pada 31 Ogos yang lalu tetapi ada perkara yang tidak mengizinkan. Hendak berpuasa semasa hari berkerja, tidak kesampaian kerana setiap hari ada jamuan hari raya dipejabat yang perlu dihadiri.

Pengajaran yang diperolehi adalah kita perlu memulakan puasa seawal yang mungkin dan berturut hari. Jika telah berhenti, susah hendak memulakannya. Insyallah ditahun hadapan perlu merancang untuk berpuasa seawal yang mungkin dan berterusan.

Sekian, Wassalam

Golf di Cameron Highland

Assalamualaikum,

Pada hari ahad yang lalu 5 September 2012, saya berkesempatan bermain golf di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, Cameron Highland. Semenjak Kelab Golf ini dinaiktaraf, rumah kelab telah berubah dari bangunan kayu, telah tersergam indah bangunan batu dan lagi besar. Lapangan sembilan lubang kedua telah dibuat pengubahsuaian semenjak awal tahun lagi, sehingga sekarang masih belum dibuka. Kelihatan lapangan ini mungkin makin sukar kerana banyak bungker dibuat berhampiran green.

Kami bermain di lapangan sembilan lubang pertama sebanyak dua pusingan pada waktu lepas makan tengahari. Kami bertolak dari Kuala Lumpur jam 8.30 pagi, sebab itu kami bermain sebelah petang. Perancangan kami ingin bermain sekali lagi pagi isnin, sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur, tetapi tidak menjadi kerana setelah hampir 1 1/2 bulan tidak bermain kerana mengerjakan puasa dibualan ramadhan dan banyak menghadiri rumah terbuka sempena hari raya, sementelah bermain pada petang ahad dengan berjalan kaki dan menarik troli, kepenatan menghalang kami bermain pada pagi isnin.

sekian wassalam.