Monday 15 October 2012

Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia Ke 49, 2012.

Assalamualaikum,

Majlis konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor telah berlangsung dari 13 Oktober hingga 15 Oktober yang lalu. Anak ke 3 kami daripada 5 beradik telah menamatkan pengajian beliau di UTM dengan diberikan Ijazah Sarjanamuda Kejuruteraan Kimia dan Gas pada petang 13 Oktober. Beliau telah bertugas di Petronas, Kertih, Terengganu semenjak bulan September 2012 yang lalu. Alhamdulilah, syukur kehadrat illahi kerana telah diberikan kemudahan samada semasa beliau belajar lagi hingga senang mendapat pekerjaan yang dihajati dalam masa yang singkat setelah menamatkan pengajian pada akhir bulan Julai 2012. 




Muhammad Saufi anak ke 3 kami




Bersama emaknya


Bersama saya, ayahnya



Bersama kawan sekelas  di UTM dan di Petronas Kertih, Terengganu



Bersama kawan, saya dan isteri



Bersama ayah dan emaknya



Bersama ayah, emak, kakak ke 2 dan adik lelaki yang bungsu (5), Tiada didalam gambar kakak pertama dan adik perempuan ke 4



Wassalam.