Sunday 25 November 2012

Durian Reunion PUO ' 76, BSM / BSE

Assalamualaikum,


Jam 9.30 pagi tadi, 25 Nov. 2012, saya dan isteri telah bertolak ke Gopeng, Perak kerana menunaikan jemputan daripada Safeei Ismail dan  Sabri Yahya makan durian di Kampung Jahang, Gopeng, Perak. Kami daripada Kuala Lumpur terdiri daripada Ketua Darjah BSM,  Hassan Daud serta famili,  Fauziah Abdullah serta famili dan  Latifah Abdul Wahid serta famili. Menunggu ditempat perkelahan tersebut, Safeei serta isteri dan 2 sahabat BSE iaitu Sharifah Nora serta suami dan Norainiah serta suami. Sementara Sabri pula, solo sahaja duduk di gopeng sebagai orang bujang berkhawin, difahamkan isteri dan anak-anak berada di Kajang, selangor. Makan durian serta serawa, nasi lemak, pulut dan sup tulang lembu, sedap. Kami boleh bawa balik lagilah durian tersebut.

Sempat juga kami menghubungi kekawan sekelas BSM '76 dari sana menggunakan telefon bimbit seperti  Khoriri Abu Sabri, Mahmud Md Nor dan Aisah Megat. Khoriri berada di Seremban, ada urusan perniagaan, Mahmud ada dirumah di Klang, Selangor dan Aisah berada di Seremban.











Kami berpisah jam 3.00 ptg, sehingga ada lagi reunion durian tahun hadapan.

Wassalam.

Saturday 24 November 2012

Legoland, Malaysia

Assalamualaikum,


Pada pagi tadi, anak ke empat dan anak bungsu beserta isteri saya berkesempatan melawat Legoland, Malaysia di Johor Bahru. Isteri saya bertugas di Johor Bahru sejak dari hari khamis 22 Nov. 2012 lalu sehingga semalam dan membawa anak-anak saya sekali kebetulan pada masa ini musim cuti sekolah dan semesta break universiti anak keempat saya. Sebelum memulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur, mereka telah berkunjung kesana pada jam 10.00 pagi lagi sehingga jam 2.00 petang. Komen isteri saya, tempat tersebut terlalu panas kerana masih belum ada pokok untuk berteduh. Tempat tersebut serupa dengan taman tema di Genting Highland cuma cuaca yang membezakannya. Mengikut anak-anak, semuanya seronok.









Isteri bersama anak bongsu



Anak keempat dan adiknya, anak bongsu









Stesyen Keretapi Kuala Lumpur



Bangunan Sultan Abdul Samad



Mesjid Jamek Kuala Lumpur



Menara Kuala Lumpur



Menara berkembar KLCC



Kompleks JPM, Putrajaya



Mesjid Putra, Putrajaya

Wassalam.

Sahabat Semasa Belajar Di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak

Assalamualaikum,


Pada hari khamis 22 Nov. 2012 yang lalu, isteri saya telah bertemu kawan kami semasa belajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak dalam tahun 1976 hingga 1978. Selama 36 tahun tidak bertemu, hanya baru-baru ini beliau telah menjadi sahabat Facebook Politeknik Ungku Omar 76 yang mana saya dan isteri telah setahun lebih menjadi sahabat. Malangnya pada masa tersebut, saya tidak bersama isteri kerana dalam perjalanan ke Kota Kinabalu kerana bertugas disana dan baru petang ini saya balik kerumah. Sahabat yang dimaksudkan adalah Puan Noor Rokiah yang sedang bertugas disalah sebuah sekolah di Putrajaya.

Kami telah berpisah kerana beliau menyambung pengajiannya di Maktab Perguruan Ilmu Khas di Cheras, Kuala Lumpur, semantara saya dan isteri menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1979.

Masih ramai lagi kawan-kawan yang masih belum ditemui walaupun Facebook Politeknik Ungku Omar 76 telah diujudkan. Insyallah jika diizinkan Allah, suatu masa akan bertemu juga akhirnya.





Noor Rokiah disebelah kiri bersama isteri saya.

Wassalam.

Wednesday 14 November 2012

Percutian Keluarga di Tanjung Sepang Beach Resort, Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor.

Assalamualaikum,


Tanjung Sepang Beach Resort, di Kampung Tanjung Sepang, Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor (www.tanjungsepang.com) adalah tempat percutian kami pada musim cuti Depavali tahun ini. Percutian keluarga sebelah saya dirancang oleh abang saya yang hanya mempunyai 3 orang adik beradik sahaja tetapi abang dan saya sahaja yang dapat dikumpulkan bersama keluarga, kakak yang tengah tidak dapat berkumpul kerana ada urusan keluarga yang tidak dapat ditangguhkan.




Pemplate Resort


View Larger Map


Kami sekeluarga bertolak dari rumah di Sungai Tua, Batu Cave, Selangor pada jam 11.30 pagi 11 Nov.2012 dan sampai ke resort jam 6.00 petang selepas singgah di Johor Premium Outlet, Senai, Johor. Hajat hati hendak bertolak awal lagi tetapi ada aral melintang, kena cari beteri kereta dahulu kerana pada petang 10 Nov engin kereta tidak boleh dihidupkan. Nasib juga telah memaklumkan kepada workshop untuk cari beteri malam itu juga kerana ahad 11 Nov, banyak kedai sparepart tutup. Abang saya dan keluarganya beserta cucunya telah sampai ke resort tersebut lebih awal kerana mereka menetap di Kluang, Johor.

Malam tersebut, makan malam kami adalah BBQ ikan, sotong dan ayam, disamping ketupat segera, serunding kelapa, botok-botok, satey dan nasi puteh. Resort tersebut menyediakan tempat BBQ setiap bilik yang disediakan. Resort ini mempunyai Standard Room dan Superior Room.

Sarapan pagi 12 Nov, kami pergi ke Kampung Teluk Ramunia bersarapan di warung yang jauhnya 6 km dari resort. Kos makanannya agak murah, berlapan makan diwarung dengan makanan nasi lemak lauk rendang ayam, telur goreng, roti telur dan bungkus bawa balik nasi lemak lauk rendang ayam 6 bungkus, harganya RM46.90. Selepas sarapan kami ke pekan Sungai Rengit lebih kurang 10 km dari resort untuk membeli keperluan barang untuk menyediakan makan tengahari. Malamnya kami makan nasi goreng yang kami sedakan ala kadar sahaja.


Anak-anak bersarapan pagi ditemani oleh isteri pada 12 Nov.


 Anak-anak makan malam 


Bersantai  bersama isteri selepas makan malam

Sarapan pagi 13 Nov, abang saya sekali lagi ke warung yang sama di Teluk Ramunia untuk membeli sarapan nasi lemak lauk rendang ayam dan telur mata kerbau, kosnya RM43.00.



Bersarapan pada pagi 13 Nov.


Isteri, anak dan abang bersarapan pada pagi 13 Nov.

Aktiviti kami pada siang hari adalah menjala dan memancing. Anak-anak dan kakak ipar manda manda di pantai dan kolam renang. Resort ini mempunyai pantai yang landai tidak seperti di Desaru yang mempunyai pantai yang curam mendadak yang membahyakan terutama musim sekarang dah hampir dengan tengkujuh. Pantainya yang landai kerana ianya terletak di teluk yang luas dan terlindung sedikit dari ombak yang besar. Jika mandi di pantai, insyallah agak selamat kerana tiada seperti di Desaru.



Pemandangan arah pantai dari bilik superior 

Website : www.tanjungsepang.com
Email : resort@tanjungsepang.com
H/P : (+6) 019 7639594   
Fax : (+6) 07 3521193

Selamat berjumpa lagi dilain kali.

Wassalam.

Golf di Saujana Golf & Country Club, Subang, Selangor

Assalamualaikum,

Pada 10 Nov 2012 lalu, saya berkesempatan bermain golf di Saujana Golf & Country Club, Subang, Selangor di acara 'Friendly Golf Tournament' di lapangan bunga raya.  Difahamkan coure ini tidak begitu mencabar dibandingkan dengan lapangan satu lagi. Saya tidak pasti kerana saya baru pertama kali bermain disana. Walau apa pun, saya bermain tidak begitu cemerlang, walaupun dikatakan lapangan tak mencabar tetapi saya rasa ianya agak susah untuk bermain. Pertama, lapangan ini  kejauhannya menggunakan ela, saya biasa menggunakan meter. Kedua, setiap lapangan lubang terdapat 'bungker' sebelum 'green'. Ketiga, disebabkan masa sekarang sentiasa hujan samada petang atau pagi, pada hari tersebut padang agak berair kerana semalam petang hujan lebat. Kami terpaksa menggunakan 'winter rules', tetapi tidak seronok untuk mencari tempat kering kerana tempat sekitar bola yang jatuh itu berair juga. Pada kejohanan tersebut tidak dapat keputusan cemerlang hanya 3 'par', hampir semuanya 'dubble bogey', kalau ada pun dua atau tiga lubang mendapat 'bogey' dan 2 lubang mendapat 'tripple bogey'. Bermain dengan 'stableford', dapatlah 26 mata sahaja. Rasanya paling teruk dalam sejarah bermain masa kini.

Tiada gambar bagi golf kali ini.

Wassalam.

Sunday 4 November 2012

Bowling Kelab Kebajikan Rekrasi Bahagian Akaun, Kementerian Pengangkutan

Assalamualaikum,

Hari ini 4 November 2012, berlangsungnya pertandingan Bowling KKRBA, Kementerian Pengangkutan dimana tempat saya bertugas. Seperti yang telah dirancangkan, saya telah turut serta bertanding. Alhamdulillah, syukur, saya telah mendapat tempat ketiga individu dan tempat pertama berpasukan.
 



Kumpulan Merah




Tempat ke tiga individu




Tempat Pertama Berkumpulan

Sekian, Wassalam.

Bertugas di Bintulu, Sarawak

Assalamualaikum,

Saya dan Isteri telah bertugas di Lambaga Pelabuhan Bintulu pada Jumaat 2 November 2012 yang lalu. Kami telah bertolak dengan penerbangan di Lapanganterbang KL jam 10.40 pagi 1 November. 

Selepas menghadiri mesyuarat pada sebelah pagi dan selepas mengerjakan solat jumaat, jam 3.30 petang, kami berpeluang mengikuti Port Tour Pelabuhan Bintulu. Kami menaiki tuck boat, meninjau kapal masuk dan berlabuh di Pelabuhan Bintulu. Pada masa tersebut terdapat sebuah kapal LNG sedang berlabuh mengisi LNG dan sebuah kapal LNG yang besar sedang ditarik dari laut untuk dirapatkan ke dermaga.



Bermesyuarat di sebelah pagi




Didalam Tuck Boat


Setelah selesai mengikuti Port Tour


Kami balik ke Kuala Lumpur jam 7.00 malam dan sampai di KLIA jam 9.55 malam.

Sekian, Wassalam.

Hari Raya Eidul Adha 2012

Assalamualaium,

Hari Raya Eidul Adha pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat 26 Oktober 2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1433. Pada kebiasaannya keluarga kami akan balik ke kampung samada Johor atau Perak dan akan balik pada sehari sebelum hari raya, tetapi pada hari raya kali ini kami balik selepas sembahyang hari raya di Mesjid Kampung Sungai Tua Baru. Anak ketiga kami telah mula bekerja di Kertih, Terengganu dan terpaksa menunggu beliau balik selepas kerja hari Khamis 25 Oktober, tidak dapat cuti. Anak pertama dan kedua tiada masalah kerana bekerja di Kuala Lumpur. Pada tahun ini kami balik ke Kampung Serapoh, Parit, Perak.

Kami bercuti di Kampung tidak lama, hari Ahad 28 Oktober selepas berhari raya di Kuala Kangsar dan Ipoh, Perak.

Perjalanan balik pada hari Jumaat ke kampung berjalan lancar tiada kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan. Sementara perjalanan balik pada hari Ahad jam 12.30 tengahari telah mengalami kesesakan bermula dari tol Ipoh Selatan sehingga Gua Tempurung. Perjalanan berjalan lancar selepas itu tetapi mulai sesak selepas air terjun hingga R & R Tapah. Perjalanan selepas itu berjalan lancar semula. Satu perkara yang dapat dilihat semasa balik ke kampung pada hari Jumaat, terdapat kemera AES sebelum persimpangan Slim River, semua kenderaan berlagak alim kerana mematuhi hadlaju yang dibenarkan, selepas tu semua hadlaju dilanggar.

Sekian, Wassalam.