Monday 1 July 2013

Program Mencandat Sotong 2013

Assalamualaikum,


         Program mencandat sotong di Terengganu bagi tahun 2013 telah berjaya dilaksanakan, alhamdulilah berjaya dengan hasil tangkapan yang melebihi dari tahun-tahun lalu. Program ini melibatkan seramai 17 orang, 12 orang merupakan ahli keluarga kami. 8 orang daripada 12 orang adalah pencandat tegar yang tahun lalu telah menyertainya, semantara 4 orang pencandat baru. Program tersebut telah dilaksanakan pada 29 Jun jam 3.00 petang hingga 8.00 pagi 30 Jun.

      Kami bertolak dengan 5 buah kereta, 3 buah kereta bertolak jam 4 pagi,  29 Jun dari sungai buluh dengan membawa keluarga masing-masing sementara saya dengan 2 buah kereta dengan membawa 8 orang ahli keluarga bertolak sesudah subuh jam 6.00 pagi. Sementara 5 orang yang bukan ahli keluarga saya - kawan- telah bertolak jam 12 tengah malam lagi. Saya telah singah di Kerteh, Terengganu kerana mengambil anak lelaki ke 3 saya yang ikut sama mencandat.

       Jam 3.3o petang kami telah mula memungahkan segala peralatan mencandat dan barang makanan serta minuman kedalam bot yang sama yang kami sewa pada tahun-tahun yang lalu. Jam 4.00 petang bot telah bertolak ke lapangan mencandat dan sampai di sana jam 5.00 petang.






        Isteri saya telah mendapat sotong pertama di kawasan yang dituju setelah bot berhenti.    Setelah 2 jam berada dikawasan mencandat ini, kami hanya dapat tidak lebih daripada 15 ekor kesemuanya yang dicandat oleh  19 orang termasuk awak-awak bot. Menyedari ketiadaan sotong, Tekong telah beralih kawasan.








        Gambar-gambar diatas menunjukkan bot-bot yang datang mencandat di kawasan pertama yang diambil sebelum bot kami meninggalkan kawasan tersebut. Bot telah menuju ke kawasan sebelah utara dari kawasan pertama dengan meninggalkannya agak jauh juga. Di kawasan ini, sebelum berlabuh, tekong telah menyauk sotong yang timbul dengan penyauk 3 ekor walaupun masa tersebut masih siang lagi. Tekong membuat keputusan untuk berlabuh disini bagi kami mencandat sampai pagi. Gambar dibawah menunjukkan betapa jauhnya kami tinggalkan kawasan pertama dengan memperlihatkan cahaya api dihujung sana. Kami tidak kesunyian kerana tekong memangil satu bot lagi mencandat disini, iaitu bot yang satu tuan punyanya.


















        Jam 7.00 pagi, selepas waktu beransur cerah, bot telah mengangkatkan sauhnya dan berlayar balik ke Pelabuhan Cendering, Terengganu. Gambar-gambar dibawah menunjukkan pemandangan diwaktu pagi ahli keluarga yang keletihan duduk sementara menunggu bot sampai ke pelabuhan.






       Inilah hasil tangkapan kami seramai 9 orang, Alhamdulilah, allah telah memberikan rezeki kami pada trip tahun ini. Ini merupakan tangkapan yang terbanyak selepas mula mencandat pada tahun 2011 yang lalu. Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi ahad 30 Jun dan selamat sampai ke rumah jam 6.30 petang setelah singah di kerteh menurunkan anak ke tiga yang mengikut kami, makan satar di restoran aziz satar di kuala kemaman dan singah di hentian sebelah kuantan untuk menunaikan solat zohor dan assar secara kasar dan jamak.





          Setelah sampai di rumah, kami mula mengira sotong untuk diagih-agihkan untuk ahli keluarga yang mengikut kami. Kira punya kira, alhamdulilah kami dapat 115 ekor sotong pada kali ini. kami tidak pula kira timbangannya, kalau nak tahu kiralah sendiri mengikut saiz yang ada dalam gambar diatas.


Sekian, Wassalam.