Wednesday 30 January 2013

Percutian di Chiang Mai, Thailand

Assalamualaikum,


Pada 26 hingga 29 Januari 2013, saya dan isteri bersama  kawan-kawan telah berkunjung ke Chiang Mai, Thailand. Kebetulan pada masa itu cuti Hari Depavali, melarikan diri dari kesebukan dan kebanjiran kaum Hindu di tempat saya, Batu Caves, merayakan hari tersebut.

Jam 2.45 pagi 26 Januari lagi, saya dan isteri telah bangun,bersiap untuk ke Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), KLIA, almaklumlah Airasia, jika hendak tambang murah betul, kena terbang pagi-pagi lagi, iaitu jam 6.55 pagi. Penerbangan ke Chiang Mai mengambil masa 2 jam 45 minit dan waktu di Chiang Mai adalah lewat sejam dari waktu Malaysia. Kami tiba di Chiang Mai pada jam 8.45 pagi waktu Chiang Mai. Pengangkutan dari Hotel Holiday Inn telah menunggu kerana kami menginap disana yang telah ditempah dari Malaysia lagi dan terus mendaftar masuk bilik.











Jam 11.00 pagi kami berkumpul dilobi kerana telah merancang untuk bermain golf. Hari pertama ini, kami akan bermain di Royal Chiangmai Golf  Club & Resort. Teeoff bermula jam 11.55 pagi, perjalanan dari hotel ke Royal Chiangmai Golf mengambil masa hampir satu jam. Disini main golf tidak ikut sistem, boleh mendaftar bila-bila masa, yang mengakibatkan crossover menjadi jem, terpaksa tunggu sehingga ke 3 flight dihadapan.














Hari kedua kami bermain golf di Chiangmai Highland Golf. Kami bemain juga pada pukul 12.00 tengahari. Jarak dari hotel ke Chiangmai Highland Golf mengambil masa juga sejam menghala ke pergunungan. Disini juga sama dengan di Royal Chiangmai Golf, mendaftar bila-bila masa. Sejak lubang pertama sehingga lubang kesembilan, terpaksa menunggu dua atau tiga flight baru boleh kita teeoff. Lapangan disini agak luas tetapi mencabar kerana lapangan yang panjang dan banyak bunker, kalau tidak silap ada 90 bunker. Kalau dah masuk bunker susah untuk keluar terutamanya green bunker. Fairway bunker juga semacam green bunker yang tebingnya yang dalam. Disini kita boleh bermain dengan menempah satu caddie dan satu buggy setiap orang, menjadikan terlalu ramai berada di green bila nak putting. Suhu pada waktu ini adalah 33 C. Walaupun panas tetapi jika ada angin tiup atau berteduh dibawah pokok terasa sejuknya. Suhu pada malam jatuh hingga 15 C.



















Pada hari ketiga iaitu 28 haribulan baharulah kami pergi shoping di kilang kain sutera, barangan kulit dan shoping compleks berdekatan dengan Lapanganterbang Chiang Mai.







Setiap malam selepas menjamu selera makan malam, kami akan berkunjung ke 'Night Market' Chiangmai. Pada hari ahad diadakan 'sunday market'. 'Night market' diadakan setiap malam berhampiran dengan Hotel Le Meridien. Banyak barang-barang yang dikhaskan buat pelancung membelibelah.





Sekian Wassalam.

Tuesday 8 January 2013

Janda Baik: Acara Makan Durian dan Memancing Ikan

Assalamualaikum,

 Ahad 5 Januari 2013, kami sekeluarga telah menghadiri majlis makan durian dan memancing ikan di Kampung Sum Sum kiri, Janda Baik, Bentong, Pahang. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh pejabat isteri saya. Kami bertolak ke sana pada jam 9.45 pagi dan sampai disana jam 10.30 pagi.

Sesampai kami disana disambut oleh tuan rumah dan dihidangkan sarapan pagi nasi lemak bungkus, nasi lemak biasa, mee goreng dan nasi dagang serta kueh mueh yang banyak. Makanan ini boleh juga dibuat makan tengahari kerana banyak sangat. Selepas sarapan pagi, terus makan durian serta buah-buahan lain seperti rambutan, duku langsat dan mangis.













Acara memancing telah bermula sebaik sahaja selesai makan durian. Dikatakan didalam kolam ini terlalu banyak spisis ikan terutamanya talapia merah, patin, rohu serta baung. Kami hanya dapat ikan talipia merah sahaja, kawan-kawan yang lain juga dapat ikan patin, lampam serta rohu.













Kami bertolak awal balik ke rumah pada jam 3.00 petang kerana pada malamnya akan pergi ke Bandar Baru Bangi, berkunjung ke rumah anak sulung abang saya. Malam tersebut kami sekeluarga  makan bersama-sama dengan keluarga abang saya dan keluarga anak sulung abang saya.

Wassalam

Tuesday 1 January 2013

Sambutan Tahun Baru, Hari Lahir Isteriku

Assalamualaikum,


Setiap tahun kami menyambut tahun baru, kami juga meraikan hari lahir isteriku. Pada tahun ini, kami bercadang untuk meraikan pada hari tersebut, tetapi anak kedua telah membelikan kek hari lahir untuk isteriku sekembalinya dari bekerja pada 31 Disember 2012, katanya in advance. 'Selamat hari lahir isteriku, semuga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dapat melaksanakan tugas pejabat yang diamanahkan, beribadah untuk akhirat dan mendapat segala yang dihajati'.








Wassalam