Assalamualaikum,
Pada 29 Disember 2012, kami sekeluarga kecuali anak ke 3 berkesempatan memasuki Negara Singapura. Perancangan yang dibuat mengambil masa yang singkat, ianya dibuat dengan serius pada pagi 26 haribulan selepas kembali bercuti. Kebetulan isteri bertugas di Johor Baharu pada 27 haribulan. Kami bertolak dari Pejabat di Putrajaya pada jam 6.00 petang dan sampai di Johor Baharu jam 10.30 malam. Selepas sarapan pagi dan menukar wang, kami bertolak ke Singapura dengan tujuan untuk melawat Zoo, Universal Studio, makan di Lorong Pisang, shopping di Arab Street dan Orchard Road dengan menyewa van dari Johor Baharu.
Sesampainya kami di Zoo Singapura jam 11.00 pagi, hendak membeli tiket kena beratur panjang. Kami membatalkan sahaja hasrat tersebut kerana takut membazir masa dan terus ke Universal Studio.
Di Universal Studio, kami berkesempatan mengujungi S.E.A Aquarium. Hendak beli tiket tidaklah beratur panjang, tetapi hendak masuk pintu bangunan, alamak panjangnya. Ingatkan tak ada lagi beratur panjang selepas itu tetapi rupanya hendak masuk ruang aquarium pun beratur panjang lagi. Beratur didua tempat tu lebih daripada setengah jam.
Selepas keluar dari S.E.A. Aquarium jam 3.00 petang, kami terasa lapar dan terus ke Lorong Pisang menekmati makan tengahari yang agak lewat di Restoran Maimunah. Kawasan restoran ini berdekatan dengan Kampung Gelam dan Arab Street. Restoran ini telah kami kunjungi tahun 2010 lalu semasa bertugas di Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (PCKP) Tanjung Pagar, Singapura yang tinggal sejarah, disyorkan oleh pegawai disana. Selepas makan bersembahyang kasar dan jama' di Mesjid Sultan yang telah dibena sekitar tahun 1924 hingga 1928.
Membeli kain ela di Arab Street untuk isteri dan anak. Saya juga membeli kain cotton untuk dibuat baju melayu serta 2 helai baju lengan pendek cotton lienan. Dikatakan baju cottan lienan tersebut agak murah sekitar $60 sing bersamaan RM150 sepasang. Di Alamanda, Putrajaya dikatakan dijual dengan harga RM260 sepasang.
Shoping pula di Orchard Road, berkunjung di kedai Zara, anak ke 2 membeli minyak wangi. Kawan yang mengikut rombongan kami membeli alat kelengkapan fotograpi Nikon, habislah RM600 lebih.
Balik semula ke Kampung Gelam, menikmati makan malam disana sekitar jam 9.00 malam. Selesai makan malam bertolak balik ke Johor Baharu jam 10.30 malam dan sampai di hotel hampir jam 12.00 tengah malam.
Wassalam.