Thursday, 17 May 2012

Mencandat Sotong di Terengganu 2012

Assalamualaikum,
Sabtu pagi trip kumpulan mencandat seramai 13 orang akan bertolak dari Kuala Lumpur ke Jeti Perikanan LKIM Chendering, Kuala Terengganu bagi memenuhi impian dan aktiviti. Seramai 6 orang daripada kumpulan tersebut adalah terdiri daripada keluarga. Dijangka menaiki bot pada jam 3.00 petang dan balik jam 5.00 pagi. Dipohonkan keberkatan dan keselamatan daripada Allah supaya perjalanan kami diberkati dan dilindungi keselamatan daripada awal perjalanan sehinggalah pulang semula di Kuala Lumpur. Amin.
Tunggu berita selepas kepulangan kami samada mendapat hasil atau tidak kerana trip kami pada esok jatuh pada 27 Jamadilakhir bulan islam, difahamkan bulan gelap.

Friday, 11 May 2012

Mencandat Sotong di Terengganu

Asalamualaikum,
Aktiviti tahun lepas, mencandat sotong akan diteruskan lagi. Pada 19 dan 20 Mei ini, kumpulan seramai 13 orang akan bertolak dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Perikanan LKIM Chendering, Kuala Terengganu untuk menyambung aktiviti tahun lepas. Mendoakan rezeki dan keseronokan terhasil dengan keizinan Allah. Tahun lepas tidak banyak gambar yang diambil kerana ghairah mencandat. Dibawah ini diterakan salah satu gambar yang diambil.

Thursday, 10 May 2012

JORAK diperkenalkan...


Salam Sejahtera,

Saya mewujudkan blog ini adalah untuk memaparkan minat dan suka saya sekeluarga terhadap sesuatu tidak termasuk politik. Tunggu akan ada penambahannya dari semasa kesemasa.