Agak lama saya dan keluarga tidak pergi memancing samada kolam ikan air tawar atau pun dilaut. Memancing kolam ikan air tawar telah lama ditinggalkan kerana kesuntukan masa, mungkin juga bertembung dengan hobi satu lagi iaitu bermain golf.
Kalau tidak silap pada awal tahun ini, saya berkesempatan pergi memancing sekitar perairan pelabuhan klang terutamanya di perairan Pelabuhan Barat, itupun hanya saya dan abang ipar, anak saudara dan rakan anak, isteri tidak turut serta kerana berada diluar negara. Kami biasanya tidak dapat menikmati pemancingan yang agak memuaskan hati kerana turun pada hujung minggu, dimana tidak kena pada waktu yang sesuai iaitu mengikut air pasang surut.
Walaubagaimanapun, kami merancang untuk memancing di jeti sahaja pada kali ini samada bulan Oktober dan November ini. Kena cari tarikh yang sesuai pada waktu hujung minggu dimana air pasang menongkah sebelum pasang penuh betul.
Jadual air pasang surut
Tarikh yang dicadangkan adalah pada bulan Oktober iaitu pada 13 Oktober (Sabtu) bersamaan 26 Zulkaedah atau pada 27 Oktober (Sabtu) bersamaan 11 Zulhijjah. Kalau kedua-dua tarikh ini tidak dapat dipenuhi, maka bulan Novemberlah kami akan memancing.
Wassalam.