Mulai 10 April, Isteri saya telah bertugas di Jeddah dan Riyadh. Isteri telah terbang ke Jeddah pada 10 April dan bertugas disana sehingga 15 April dimana saya dan anak keempat telah menyertai isteri untuk mengerjakan umrah dari 16 hingga 24 April 2013. Kami mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah kebetulan isteri menjalankan tugas disana.
Saya dan anak keempat saya telah bertolak dari KLIA jam 3.30 petang menaiki pesawat B777 penerbangan MAS dan tiba di Jeddah jam 8.30 malam. Disebabkan pengendalian bages yang mengalami sedikit masalah, kami bertolak ke Madinah pada jam 12.00 tengah malam. Kami tiba di Madinah jam 3.00 pagi. Kami berada di Madinah dari 16 hingga 18 April. Isteri saya telah bercuti pada tarikh-tarikh tersebut kerana sama-sama mengerjakan umrah.
Kami bertolak ke Makah selepas zohor untuk ke Mesjid BirAli untuk berniat ihram dan umrah dan terus sembahayang assar. Kami sampai di Makah selepas solat magrib. Ckeck in hotel, makan dan pada jam 10.30 malam baharulah kami ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah. Kami selesai sa'ai pada jam 2.00 pagi. Buat masa ini Masjidil Haram sedang pengubahsuaian, tawaf hanya dilakukan di dataran kaabah sahaja dalam keadaan yang sempit yang sedang dilakukan kerja menaiktaraf.
Pada jam 3.00 petang 24 April saya dan keluarga berangkat ke Jeddah, setelah mengerjakan tawaf wada' selepas mengerjakan sembahyang waktu zohor. Kapal terbang yang membawa saya dan anak keempat memulakan penerbangan pada jam 9.30 malam waktu Jeddah. saya selamat tiba di LIA pada jam 11.30 pagi.
Sementara isteri pula memulakan perjalanannya ke Riyadh pada keesokan hari. Tugas beliau di Riyadh sehingga 30 April 2013.