Alhamdulilah pada 16 September 2012, jam 12.oo tengahari telah berlangsungnya jamuan hari raya 2012 dirumah saya. Segala yang dirancang telah selamat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada saudara mara yang telah membantu menyiapkan juadah secara bersama serta menyusun atur kerusi meja semasa majlis dan selepas majlis. Kedatangan sahabat handai samada dari saya dan isteri serta anak-anak amat dihargai dan diluar jangkaan sehingga tidak menang tangan untuk melayannya.
gambar isteri bersama kenalan semenjak tahun 1976 lagi
gambar anak perempuan saya bersama kawan-kawannya
Pada sebelah malamnya kami mengadakan jamuan keluarga dengan secara BBQ kambing, ayam, sotong yang masih berbaki semasa mencandat lalu serta udang galah yang dibawa oleh anak saudara dan puyuh yang dibawa oleh biras. Pukul 12.00 tengah malam baharulah semuanya selesai. Terasa penat juga setelah semuanya selesai, walaubagaimana pun, kami berasa puas kerana dapat bersedekah secara sedemikian.
Terima kasih sekali lagi kepada ahli keluarga dan sanak saudara yang sentiasa membantu yang datang dari jauh setiap kali saya mengadakan majlis jamuan hari raya boleh kata saban tahun. Terima kasih.... Insyallah ditahun hadapan jika dimurahkan rezaki oleh allah, sekali lagi akan adanya jamuan seumpanya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment