Ahad 5 Januari 2013, kami sekeluarga telah menghadiri majlis makan durian dan memancing ikan di Kampung Sum Sum kiri, Janda Baik, Bentong, Pahang. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh pejabat isteri saya. Kami bertolak ke sana pada jam 9.45 pagi dan sampai disana jam 10.30 pagi.
Sesampai kami disana disambut oleh tuan rumah dan dihidangkan sarapan pagi nasi lemak bungkus, nasi lemak biasa, mee goreng dan nasi dagang serta kueh mueh yang banyak. Makanan ini boleh juga dibuat makan tengahari kerana banyak sangat. Selepas sarapan pagi, terus makan durian serta buah-buahan lain seperti rambutan, duku langsat dan mangis.
Acara memancing telah bermula sebaik sahaja selesai makan durian. Dikatakan didalam kolam ini terlalu banyak spisis ikan terutamanya talapia merah, patin, rohu serta baung. Kami hanya dapat ikan talipia merah sahaja, kawan-kawan yang lain juga dapat ikan patin, lampam serta rohu.
Kami bertolak awal balik ke rumah pada jam 3.00 petang kerana pada malamnya akan pergi ke Bandar Baru Bangi, berkunjung ke rumah anak sulung abang saya. Malam tersebut kami sekeluarga makan bersama-sama dengan keluarga abang saya dan keluarga anak sulung abang saya.
Wassalam
Adooooooi sangkut kat ekor pulak huhuhu
ReplyDeleteitulah bila guna mata rambai.....
Delete