Thursday 17 May 2012

Mencandat Sotong di Terengganu 2012

Assalamualaikum,
Sabtu pagi trip kumpulan mencandat seramai 13 orang akan bertolak dari Kuala Lumpur ke Jeti Perikanan LKIM Chendering, Kuala Terengganu bagi memenuhi impian dan aktiviti. Seramai 6 orang daripada kumpulan tersebut adalah terdiri daripada keluarga. Dijangka menaiki bot pada jam 3.00 petang dan balik jam 5.00 pagi. Dipohonkan keberkatan dan keselamatan daripada Allah supaya perjalanan kami diberkati dan dilindungi keselamatan daripada awal perjalanan sehinggalah pulang semula di Kuala Lumpur. Amin.
Tunggu berita selepas kepulangan kami samada mendapat hasil atau tidak kerana trip kami pada esok jatuh pada 27 Jamadilakhir bulan islam, difahamkan bulan gelap.

No comments:

Post a Comment