Sunday 3 June 2012

Mencandat Sotong Di Terengganu 2012

Assalamualaikum,


Trip mencandat sotong pada 19 Mei 2012 telah berjalan lancar, telah diberitau dalam entri yang lalu pada tarikh itu bulan gelap, hasilnya tidak seberapa. Kami mula menaiki bot dari Pelabuhan Perikanan Cendering tepat jam 3.40 petang dan tiba di tempat dituju sejam kemudian. Penggunaan candat tanpa umpan tidak memberangsangkan. Anak perempuan kedua saya memacahkan tradisi kerana beliau mendapat sotong pertama seperti trip tahun lalu. Anak perempuan keempat saya, inilah kali pertama turun mencandat tetapi mendapat sotong yang banyak juga. Saya masih belum mendapat rezeki, bot telah berpindah kelokasi lain beberapa kali untuk mendapatkan spot sotong. Saya telah disarankan oleh kekawan trip mencandat menggunakan candat umpan. Selepas penggunaan candat tersebut, tidak beberapa minit telah mendapat sotong yang agak panjangnya sekaki setengah. Penggunaan candat tersebut diteruskan sehingga saya terpaksa tidur kerana untuk mendapat rehat bagi memandu kenderaan pulang ke Kuala Lumpur pada tengahari esoknya ahad 20 Mei.


Semasa hendak menaiki bot



Semasa dalam perjalanan ke tempat mencandat



Memulakan mencandat



Mungkin rezeki pertama

Malangnya bila malam menjelang kemera dah tak berfungsi kerana semua orang sedang sibuk menjalankan aktiviti mencandat.

Ada cadangan hendak pergi lagi dalam bulan Julai ini kerana hendak dapatkan feel semasa bulan baru hendak terang. Masalah kami kerana tidak mahu mengambil cuti, jadi kami pergi pada waktu cuti hujung minggu. Ikut nasib lah jika hujung minggu bulan terang, adalah hasil yang lumayan. Sekian.

No comments:

Post a Comment