Wednesday 27 June 2012

Golf di Bandung Indonesia

Assalamualaikum,

Sempat juga bermain golf di Bandung, selepas menghadiri seminar Sistem Perakaunan Agensi Kerajaan Persekutuan. Hari Jumaat, 15 Jun 2012, bermain golf di Bandung Giri Gahana Golf & Resort. Walaupun lapangan tersebut luas tetapi ianya mencabar kerana jarak yang panjang dan setiap lubang dihadapannya terdapat bunker yang banyak. Tidak dapat dielakkan setiap lubang termasuk dalam bunker yang menyebabkan susah nak score.

Kesokan harinya pula, 16 Jun 2012, bermain di Mountain View Golf Club. Suasana disini lagi mencabar, walaupun jarak yang pendek tetapi lapangan yang sempit dan diatas gunung, maklumlah namanya juga Mountain View. Disini banyak hilang bola.

Kedua-dua lapangan ini adalah kali pertama saya bermain, oleh itu tidak dapat mengagak dan terus bermain cemerlang. Walaubagaimanapun, score di Mountain View adalah lebih baik dari Giri Gahana.



Pemandangan lubang ke 18, 
Bandung Giri Gahana Golf & Resort


Pemandangan lubang ke 18,
Mountain View Golf Club


Replika pemain golf yang diperbuat dari kayu
di Mountain View Golf Club


No comments:

Post a Comment