Sunday 4 November 2012

Hari Raya Eidul Adha 2012

Assalamualaium,

Hari Raya Eidul Adha pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat 26 Oktober 2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1433. Pada kebiasaannya keluarga kami akan balik ke kampung samada Johor atau Perak dan akan balik pada sehari sebelum hari raya, tetapi pada hari raya kali ini kami balik selepas sembahyang hari raya di Mesjid Kampung Sungai Tua Baru. Anak ketiga kami telah mula bekerja di Kertih, Terengganu dan terpaksa menunggu beliau balik selepas kerja hari Khamis 25 Oktober, tidak dapat cuti. Anak pertama dan kedua tiada masalah kerana bekerja di Kuala Lumpur. Pada tahun ini kami balik ke Kampung Serapoh, Parit, Perak.

Kami bercuti di Kampung tidak lama, hari Ahad 28 Oktober selepas berhari raya di Kuala Kangsar dan Ipoh, Perak.

Perjalanan balik pada hari Jumaat ke kampung berjalan lancar tiada kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan. Sementara perjalanan balik pada hari Ahad jam 12.30 tengahari telah mengalami kesesakan bermula dari tol Ipoh Selatan sehingga Gua Tempurung. Perjalanan berjalan lancar selepas itu tetapi mulai sesak selepas air terjun hingga R & R Tapah. Perjalanan selepas itu berjalan lancar semula. Satu perkara yang dapat dilihat semasa balik ke kampung pada hari Jumaat, terdapat kemera AES sebelum persimpangan Slim River, semua kenderaan berlagak alim kerana mematuhi hadlaju yang dibenarkan, selepas tu semua hadlaju dilanggar.

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment