Wednesday 14 November 2012

Percutian Keluarga di Tanjung Sepang Beach Resort, Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor.

Assalamualaikum,


Tanjung Sepang Beach Resort, di Kampung Tanjung Sepang, Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor (www.tanjungsepang.com) adalah tempat percutian kami pada musim cuti Depavali tahun ini. Percutian keluarga sebelah saya dirancang oleh abang saya yang hanya mempunyai 3 orang adik beradik sahaja tetapi abang dan saya sahaja yang dapat dikumpulkan bersama keluarga, kakak yang tengah tidak dapat berkumpul kerana ada urusan keluarga yang tidak dapat ditangguhkan.




Pemplate Resort


View Larger Map


Kami sekeluarga bertolak dari rumah di Sungai Tua, Batu Cave, Selangor pada jam 11.30 pagi 11 Nov.2012 dan sampai ke resort jam 6.00 petang selepas singgah di Johor Premium Outlet, Senai, Johor. Hajat hati hendak bertolak awal lagi tetapi ada aral melintang, kena cari beteri kereta dahulu kerana pada petang 10 Nov engin kereta tidak boleh dihidupkan. Nasib juga telah memaklumkan kepada workshop untuk cari beteri malam itu juga kerana ahad 11 Nov, banyak kedai sparepart tutup. Abang saya dan keluarganya beserta cucunya telah sampai ke resort tersebut lebih awal kerana mereka menetap di Kluang, Johor.

Malam tersebut, makan malam kami adalah BBQ ikan, sotong dan ayam, disamping ketupat segera, serunding kelapa, botok-botok, satey dan nasi puteh. Resort tersebut menyediakan tempat BBQ setiap bilik yang disediakan. Resort ini mempunyai Standard Room dan Superior Room.

Sarapan pagi 12 Nov, kami pergi ke Kampung Teluk Ramunia bersarapan di warung yang jauhnya 6 km dari resort. Kos makanannya agak murah, berlapan makan diwarung dengan makanan nasi lemak lauk rendang ayam, telur goreng, roti telur dan bungkus bawa balik nasi lemak lauk rendang ayam 6 bungkus, harganya RM46.90. Selepas sarapan kami ke pekan Sungai Rengit lebih kurang 10 km dari resort untuk membeli keperluan barang untuk menyediakan makan tengahari. Malamnya kami makan nasi goreng yang kami sedakan ala kadar sahaja.


Anak-anak bersarapan pagi ditemani oleh isteri pada 12 Nov.


 Anak-anak makan malam 


Bersantai  bersama isteri selepas makan malam

Sarapan pagi 13 Nov, abang saya sekali lagi ke warung yang sama di Teluk Ramunia untuk membeli sarapan nasi lemak lauk rendang ayam dan telur mata kerbau, kosnya RM43.00.



Bersarapan pada pagi 13 Nov.


Isteri, anak dan abang bersarapan pada pagi 13 Nov.

Aktiviti kami pada siang hari adalah menjala dan memancing. Anak-anak dan kakak ipar manda manda di pantai dan kolam renang. Resort ini mempunyai pantai yang landai tidak seperti di Desaru yang mempunyai pantai yang curam mendadak yang membahyakan terutama musim sekarang dah hampir dengan tengkujuh. Pantainya yang landai kerana ianya terletak di teluk yang luas dan terlindung sedikit dari ombak yang besar. Jika mandi di pantai, insyallah agak selamat kerana tiada seperti di Desaru.



Pemandangan arah pantai dari bilik superior 

Website : www.tanjungsepang.com
Email : resort@tanjungsepang.com
H/P : (+6) 019 7639594   
Fax : (+6) 07 3521193

Selamat berjumpa lagi dilain kali.

Wassalam.

2 comments:

  1. bestnyerrr.thanxs for sharing

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, kalau nak merasai keindahannya, pergilah berkunjung disana dan nilaikanlah.

    ReplyDelete